Home » » Rayu bantuan untuk pembedahan

Rayu bantuan untuk pembedahan

Written By aku on Monday, 21 December 2015 | 10:09 am


KAMPUNG RAJA - Makluman daripada pihak hospital mengatakan masalah saraf kaki terputus mampu dirawat melalui pembedahan memberikan sinar baharu kepada seorang ibu yang menderitai masalah berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Rahana Waib, 47, memberitahu, selepas mendapat makluman itu, ahli keluarga dan saudara maranya telah menyumbangkan wang bagi membolehkan dia menjalani pembedahan dan meneruskan kehidupan seperti manusia normal lain setelah tiga tahun dia menderita akibat masalah tersebut.

Namun, sehingga kini hanya RM10,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan tersebut termasuk sumbangan RM3,500 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

"Kos sebenar untuk pembedahan adalah RM21,720 dan saya sebenarnya sedih serta bimbang kerana hasrat menjalani pembedahan sudah tiga kali tertangguh akibat kekurangan dana.

"Pihak hospital sudah buat temu janji pertama pada 2014 dengan kos ketika itu adalah RM20,835 namun ia terpaksa dibatalkan kerana saya tak cukup wang ketika itu. Temu janji kedua ditetapkan beberapa lama kemudian.

"Temu janji kedua juga terpaksa dibatalkan kerana saya belum berjaya kumpul wang yang diperlukan menyebabkan doktor keluarkan tarikh temu janji pembedahan pada 27 Disember ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedeper, dekat Padang Cili, Keluang, di sini.

Rahana berkata, dia dan anak-anaknya sudah beberapa kali turun naik beberapa jabatan tertentu untuk memohon bantuan termasuk di bawah Tabung Pesakit Kronik bagi mengumpulkan wang diperlukan, namun setakat ini belum berjaya sedangkan tempoh temu janji semakin hampir.

Menurutnya, kini dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat dan memakai pendakap pada kaki kanan kerana kecederaan serius pada saraf kaki.

"Sekarang ini bukan sahaja pergerakan kaki saya terbatas, malah tidur saya sering terganggu akibat kesejukan atau kepanasan. Penderitaan ini ditambah pula dengan penyakit darah tinggi dan saya pernah menjalani dua pembedahan berikutan masalah usus.

"Doktor maklumkan, sekiranya saya tidak menjalani pembedahan di bahagian lutut kanan dan menyalurkan saraf baru, risiko untuk terlantar dan badan menjadi bongkok adalah amat tinggi," katanya.

Rahana yang merupakan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengakui dia khuatir risiko tersebut benar-benar berlaku kerana ia pasti akan menambah lagi kerumitan dalam kehidupannya serta akan menyusahkan anak-anaknya.

Menceritakan kembali detik hitam dalam hidupnya itu, Rahama berkata, ketika kejadian, dia membonceng motosikal ditunggang anak perempuannya dan telah berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil di Kampung Alor Lintang pada 2013.

"Kemalangan itu menyebabkan lutut kanan saya cedera parah dan urat bahagian itu terputus. Bagaimanapun saya bersyukur kerana anak perempuan saya tak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya.

Tambahnya, suaminya hanya bekerja kampung dan pendapatannya tidak menentu, menjadikan hasrat mendapatkan wang untuk kos pembedahannya umpama khayalan.

Sehubungan itu, Rahana yang mempunyai lima anak perempuan dan dua lelaki berusia 8 hingga 23 tahun, merayu kepada mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank miliknya, bernombor, 163046446839






󾔱 󾔱Memperkenal kan astro Packages Family LITE Mampu Milik Bulanan Hanya  Serendah RM 21.20 Termasuk GST Seumur Hidup !!!!
󾠜 33 Channel  Siaran TV Termasuh 2 Channel HD
󾠟 20 Siaran Redio
󾕆 Pendaftaran Adalah Percuma !!!
✳ Pemasangan RM 30.00 Bayar Selepas Siap Pasang
󾮊 Kontrek 2 tahun
❌ Tidak Boleh Tambah Mana Mana Channel Seumur Hidup Kecuali - UPGRATED KE PACKAGES FAMILY PACK
Channel Channel   SD        
1. Astro Prima                      
2. Astro Oasis                     
3. Tutur Tv PMR                  
4. Tutur Tv UPSR                 
5. Tutur Tv SPM                   
6. Astro Vaanavil                  
7. Astro AEC                        
8. Astro Makka                     
9.Astro Awani                      
10,CCTV 4                           
11. Bernama TV                  
12.TV 1 RTM                       
13.TV 2 RTM                       
14.TV3                                 
15. NTV7                              
16.8TV                                
17.TV9   
18.Al - Hijrah TV   
19.iView
20.Astro Xion Tai Yang
21.Arab Tv & Radio
22.TVIQ    
23.Astro Ceria
24.Zee Tv 
25.KBS World 
26.Astro Arena
27.CTI  Asia  
28. Astro Bella
29.Kalaignar TV
30.Astro Shuang Xing
31.TVB Xing He
Channel HD
32.Maya HD
33.Xi Yue HD                
󾔤 󾔤 HUBUNGI- 󾔤 󾔤 
󾔤 whatsapp ke no - 01129206584 
󾔤 whatsapp ke no - 01129206584 
󾔤 Cal & SMS Ke No - 016 652 6632

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger