Home » » Bantuan Kepada Rakyat tidak akan Terjejas -Razif

Bantuan Kepada Rakyat tidak akan Terjejas -Razif

Written By aku on Friday 22 January 2016 | 10:07 pm


Bantuan Kepada Rakyat tidak akan Terjejas -Razif
Walaupun dalam keadaan ekonomi dan kewangan kerajaan negeri yang kritikal, bantuan dan keperluan rakyat masih menjadi agenda utama.
Menurut Menteri besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman , kerajaaan akan pastikan peruntukkan yang kita terima itu tidak akan menjejaskan bantuan-bantuan untuk rakyat .
“Bantuan-bantuan seperti dana pakaian sekolah, dana raya , dana remaja akan diteruskan tanpa kompromi,
“Begitu juga dengan bantuan baiki rumah, majlis rundingan rakyat (MPR) dan projek-projek kecil juga kita akan teruskan dan tidak terjejas sama sekali serta tiada pengurangan,
“Sebagai langkah penjimatan , kita akan mengurangkan beberapa perkara seperti projek pembangunan , bayaran kerja lebih masa, dan pelbagai lagi yang difikirkan perlu, katanya ketika sidang media di Pejabat Tabung Darul Iman rabu lalu.
Selain dari itu, beliau berkata , pemohonan untuk Tabung Darul Iman yang lengkap akan diproses dan dapat diketahui keputusannya dalam masa 7 hari dan bantuan akan disalurkan tidak melebihi 15 hari , itu KPI kita.
“Kerajaan Negeri memperutukkan RM10 juta dan Maidam RM5.1 juta untuk Tabung Darul Iman ini bagi membantu rakyat yang bermasalah,
“Kerajaan mengalu-alukan syarikat-syarikat pesendirian , GLC dan agensi-agensi serta individu untuk sama-sama menyumbang ke Tabung Darul Iman agar kita membantu mereka yg memerlukan dengan saluran yang betul, ujarnya.
Untuk maklumat lanjut rujuk stdi.terengganu.gov.my atau hubungi talian 09-625 1212.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger