Lebihan Wang LPT2 Akan Digunakan Untuk Membina Jalan 4 Lorang
Written By aku on Tuesday, 19 January 2016 | 4:20 pm
Kuala Nerus : Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu telah menghantar surat pemohan kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mengembalikan lebihan wang dari peruntukkan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).
Beliau berkata demikian semasa program ramah mesra rakan kementerian kerjaraya (Rakan KKR) bersama media dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pantai Timur di sini.
Menurut Menteri Kerjaraya Malaysia Dato’ Seri Fadillah Yusof permohan itu secara lisannya telah dipersetujui oleh Perdana Menteri untuk dikembalikan.
“Lebihan itu akan digunakan untuk menaik taraf jalan dua lorong kepada empat lorang di dalam negeri Terengganu ini”
“Jalan-jalan tersebut telah dikenal pasti dan ia hanya menunggu surat secara rasmi dari pada pejabat perdana menteri untuk dijalankan”, katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya YB Mohd Iskandar Jaafar merangkap adun Jabi.
Labels:
Semasa