BESUT – Seorang remaja perempuan maut dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk ke sekolah awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Nurul Syahindah Mohd Paizu, pelajar Tingkatan 2 SMK Renek, Besut dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas dipercayai dipandu oleh seorang guru.
Mangsa yang parah maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.