Home » » MB rasmi Mesyuarat Agung PIBG SK Chukai

MB rasmi Mesyuarat Agung PIBG SK Chukai

Written By aku on Sunday 14 February 2016 | 1:19 am


Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai Kemaman kali ke 30 tahun 2016 pagi tadi.
Beliau yang juga bekas murid sekolah berkenaan daripada tahun 1972 hingga 1977 dapat berkumpul beramai-ramai bersama bekas-bekas murid yang lain dalam satu majlis mesra.
SK Chukai yang menyambut ulang tahun penubuhan ke 100 tahun (1916-2016) turut melancarkan Persatuan Alumni SK Chukai hari ini.
Sementara itu, Ahmad Razif turut memberitahu walaupun sector pendidikan mengalami kekurangan peruntukkan pada tahun ini, ia tidak member kesan kepada pembangunan pendidikan negeri Terengganu.
‘Sebelum ini kita menyediakan bajet sebanyak RM11 juta kepada Jabtan Pelajaran dalam memberi peningkatan pendidikan tetapi dalam keadaan kewangan sekarang kita hanya mampu tahun ini hanya beri RM5 juta sahaja ’.
‘Kerana itu kita perlu memikirkan apakah langkah-langkah lain yang boleh kita laksanakan untuk memastikan tidak member kesan kepada pembangunan pendidikan Terengganu’.
‘Antaranya yang kita sedang laksanakan adalah kita mengajak pihak-pihak lain termasuk bekas-bekas pelajar melalui reunion dan yang kedua kita menggalakkan pihak swasta dan GLC membantu dalam pendidikanTerengganu’.
‘Kita mahu pastikan pendidikan Terengganu dinobatkan nombor satu dalam pendidikan negara’.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di SK Chukai Kemaman.
Turut hadir isteri beliau To’ Puan Halina Zakaria, Adun Kemasik Ir. Rosli Othman, Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Adun Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga bekas pelajar SK Chukai dan Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif kemudian melawat gerai buah-buahan di Kemaman Fruit Station di Bandar Chukai yang menjual pelbagai buah-buahan tempatan dan luar Negara.
Menurutnya, konsep gerai Kemaman Fruit Station bakal diperluaskan ke seluruh daerah kerana menpunyai susun atur gerai yang menarik  dan ia memudahkan para peniaga dengan pembeli berurus niaga. -Terengganu Times
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger