Home » » Jangka Peroleh Jualan RM4 Juta

Jangka Peroleh Jualan RM4 Juta

Written By aku on Friday 25 March 2016 | 8:31 pm


Sekurang- kurangnya RM4 juta dijangka diperoleh hasil jualan sempena Beautiful Terengganu di Angsana Johor Bahru.

Anggaran itu berdasarkan jangkaan sambutan lebih 150,000 pengunjung tempatan, termasuk Singapura, sepanjang program lima hari, berakhir 27 Mac.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahmam, berkata tahun lalu, kira-kira RM2 juta dapat dikumpul melalui Program Pesona Terengganu, Kuala Lumpur dan percaya kali ini mampu meraih RM4 juta.

Katanya, sepanjang dua hari program , hampir 30,000 pengunjung hadir, rata-rata mereka tidak ketinggalan membeli pelbagai produk Terengganu,.Paling laris, nasi dagang dan keropok lekor.

“Perkara itu merupakan perkembangan positif bagi Terengganu untuk terus memperkenalkan namanya ke serata negeri dan juga luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Mari Makang di The Puteri Pacific Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan beberapa exco kerajaan negeri.

Katanya, pihaknya juga akan mengadakan kolaborasi antara Hotel Primula dan The Puteri Pacific Johor Bahru untuk mengadakan pelbagai program

“Langkah ini sudah pasti dapat membantu mempromosi Terenganu secara berterusan, terutama berkaitan makanan dan budaya,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger