Home » » Kabel elektrik milik TNB musnah terbakar

Kabel elektrik milik TNB musnah terbakar

Written By aku on Friday 25 March 2016 | 8:14 pm


BESUT- Sejumlah kabel elektrik terpakai milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Besut yang disimpan di tempat penyimpanan terbuka syarikat tersebut di sini musnah terbakar tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Besut, Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kira kira jam 12.32 tengah hari.

Menurutnya, susulan itu pihaknya telah menghantar 10 anggota dan dua jentera bomba termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih.

"Setiba di tempat kejadian anggota dapati longgokan kabel elektrik terpakai (skrap) milik TNB di tempat penyimpanan barangan skrap di kawasan lapang belakang pejabat TNB  daerah itu  marak terbakar," katanya.

Mohd Zailani berkata, pihaknya berjaya mengawal dan memadam kebakaran tidak lama kemudian.

Katanya, kebakaran tersebut hanya membabitkan  kabel berkenaan dan tidak melibatkan sebarang bangunan  di situ serta tidak ada kecederaan  dilaporkan .

"Punca kejadian masih dalam siasatan ," katanya.

Sementara  itu Sinar Harian difahamkan ada pihak tidak menolak kebakaran berpunca daripada cuaca terlalu panas namun ia tidak dapat dipastikan memandangkan ia adalah tempat penyimpanan barang terpakai tidak berbumbung.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger