Home » » Pelancong lemas ketika selam snorkel

Pelancong lemas ketika selam snorkel

Written By aku on Monday 25 April 2016 | 8:51 am


JERTIH: Seorang pelancong yang enggan memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti selam snorkel di pusat pelancongan Pulau Perhentian Kecil, ditemui lemas petang tadi. Dalam kejadian pada jam 4.15 petang itu, mangsa, Ooi Chee Seng, 70, dari Petaling Garden, Petaling Jaya, Selangor, bersama tiga rakan dikatakan berada di pulau itu untuk melakukan aktiviti selam snorkel. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mangsa bersama dua lelaki dan seorang perempuan dikatakan enggan memakai jaket keselamatan walaupun diarahkan oleh pemandu bot yang membawanya ke lokasi. Katanya, selepas hampir 15 minit mangsa melakukan aktiviti itu, dia ditemui lemas di kawasan aktiviti. "Mayat mangsa kemudian dibawa ke Klinik Pulau Perhentian Kecil dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai petugas klinik terbabit. "Bagaimanapun, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut malam tadi untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147024
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger