Home » » Peniaga patah kaki jatuh gaung di Bukit Keluang

Peniaga patah kaki jatuh gaung di Bukit Keluang

Written By aku on Thursday 21 April 2016 | 9:32 am


JERTIH: Seorang peniaga patah kaki selepas terjatuh ketika berjalan di puncak Bukit Keluang, dekat sini, semalam. Dalam kejadian itu jam 12.45 tengah hari, Safiuddin Naif Johari, 24, sedang berjalan bersama tunangnya, Nur Malini Mohamad, 20, apabila dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke gaung lebih 20 meter. Mangsa terpaksa menahan kesakitan beberapa jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan dibawa keluar dari situ pada jam 5.30 petang serta dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan. Ketua Balai Bomba Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu jam 1 tengah hari. "Sebaik sahaja mendapat panggilan, pihak Bomba bersama 13 orang anggota dan lima orang renjer hutan bergegas ke tempat kejadian," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145747
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger