‘Saya bukan pencuri perompak penyamun’
Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:36 pm
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak dan penyamun.
Kenyataan itu dibuatnya melalui perkongsian di Facebook Live sebentar tadi berkenaan dakwaan dan tohmahan mengenai dana RM 2.6 bilion ke atas dirinya.
Najib berharap mudah-mudahan apabila sampai pada masanya kebenaran akan muncul dan segala tuduhan serta tohmahan ke atas dirinya akan lenyap.
"Tidak ada sesiapa yang tidak akan tersinggung apabila dilempar dengan pelbagai tohmahan seperti itu.
"Saya telah berkhidmat sekian lama dalam kerajaan untuk rakyat dan telah melakukan yang terbaik serta telah memberi khidmat bakti yang bersungguh-sungguh," katanya.
Najib berkata, bukan senang untuk dia hendak menjelaskan tentang isu dana RM2.6juta kerana telah menjadi kes mahkamah.
"Saya berdoa agar kebenaran akan timbul dan Insya-ALLAH saya dapat membersihkan nama saya.
"Namun saya yakin dan percaya bahawa pihak saya mempunyai bukti," katanya.
Dalam siaran Facebook Live yang berdurasi hampir 12 minit itu, Najib berkata, beliau mengakui isu RM2.6 bilion menjadi salah satu yang menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya umum lalu.
"Tular kononnya saya menipu tentang dana itu dan sejujurnya saya tidak pernah berbohong tentang hal itu," katanya. --sinar--