Home » » Bayi berbalut sarung bantal ditemui

Bayi berbalut sarung bantal ditemui

Written By aku on Saturday 14 December 2013 | 5:11 pm



PUCHONG - Penduduk di Bandar Kinrara gempar apabila seorang bayi perempuan yang hanya dibalut sehelai sarung bantal ditemui dibelakang sebuah rumah dekat sini, awal pagi tadi.

Bayi berkenaan ditemui seorang wanita selepas dia terdengar tangisan yang tidak henti-henti di belakang rumah didiaminya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan daripada seorang penduduk memaklumkan terdengar suara bayi menangis di belakang rumah kira-kira jam 12.30 pagi.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang bayi dalam keadaan lemah diletakkan di belakang rumah teres berkenaan.

Abd Razak berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berikutan sarung bantal yang membalut tubuhnya terdapat kesan darah.

Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan berkenaan dan keadaan lorong adalah gelap.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Bayi tersebut dihantar ke Hospital Serdang dan keadaannya dilaporkan stabil.
--Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger