Home » » Bekas pemain bola sepak kebangsaan didakwa

Bekas pemain bola sepak kebangsaan didakwa

Written By aku on Saturday 7 December 2013 | 1:50 pm


JOHOR BAHRU – Bekas pemain bola sepak kebangsaan didakwa di mahkamah sesyen, semalam, atas tiga pertuduhan iaitu memiliki sepucuk pistol tanpa permit dan peluru tanpa lesen yang sah serta memiliki harta hasil rompakan.
Tertuduh, Khushari Karti Khan Abdullah, 41, atau nama sebenarnya sebelum memeluk Islam, S Kartihgesu Karti bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas ketiga-tiga pertuduhan di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis 9 Tactical Smith dan Wesson tanpa memiliki sebarang permit atau lesen yang sah di dalam sebuah kereta  pada 14 November lalu kira-kira jam 7.38 malam di KM12.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di Senai, Kulaijaya. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (penalti lebih berat) 1971.
Manakala bagi pertuduhan kedua pada hari yang sama, Khushari dituduh memiliki tujuh butir peluru 9 milimeter berserta dua kelopak peluru tanpa lesen yang sah yang didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki sebuah kereta curi bernilai RM130,000 dipercayai milik seorang lelaki hasil rompakan berkumpulan di lokasi yang sama kira-kira pada jam 7.15 malam. Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh untuk semua kesalahan kerana tertuduh melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Namun peguam bela, G K Sritharan membuat rayuan dan mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bersama seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu diminta hadir ke balai polis bagi melaporkan diri, bagaimanapun Hassan tidak menetapkan sebarang jaminan jaminan bagi pertuduhan pertama, menurut sumber Sinar Harian.
Sebutan kes didengar 6 Januari depan bagi serahan dokumen berkaitan dan pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Shyue Chien.
--klpost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger