Cetak wang palsu RM810,000 dalam chalet di Cherang Ruku
Written By aku on Saturday, 21 December 2013 | 6:58 am
KUALA TERENGGANU – Pemburuan polis ke atas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes melarikan orang membongkar satu lagi sisi jahat suspek apabila dia didapati turut mencetak wang palsu di sebuah chalet di Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan kelmarin.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selain suspek, pihaknya turut menahan tiga lagi rakannya berusia antara 19 hingga 45 tahun bersama wang palsu not RM100 berjumlah RM810,000.
Katanya, suspek dikenali sebagai Kamal Body, 41, dari Kuala Besut diburu sejak Julai lalu.
--kosmo !
Labels:
Jenayah