Home » » Demokrasi Hanya Kosmetik Untuk Tutup Sikap Sebenar Dap

Demokrasi Hanya Kosmetik Untuk Tutup Sikap Sebenar Dap

Written By aku on Tuesday, 17 December 2013 | 6:25 pm


IPOH, 16 Dis – Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berselindung di sebalik nama demokrasi bagi melindungi ideologi sebenar parti tersebut yang sebenarnya bersifat rasis dan cauvinis.

Menurut beliau, perkara ini jelas boleh dilihat dalam beberapa perkara termasuk kenyataan kepimpinan DAP yang seringkali mempertikaikan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan juga Islam sebagai agama persekutuan seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

“Bagi saya, demokrasi di dalam DAP tidak lebih sebagai kosmetik bagi memperlihatkan kononnya parti tersebut mengamalkan demokrasi, sedangkan pada hakikatnya kepimpinan DAP hari ini lebih mirip kepada pentadbiran kuku besi.


“Sebagai contoh, di dalam pemilihan CEC, hanya beberapa kerat saja ahli dari bangsa lain yang terpilih untuk duduk di jawatan tertinggi parti tersebut, manakala yang lain-lain merupakan kroni-kroni yang direstui oleh ‘dinasti Karpal’ dan ‘dinasti Lim’,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Lantara itu menurut beliau lagi, sejak kebelakangan ini ramai ahli-ahli dan juga kepimpinan DAP peringkat akar umbi membuat kenyataan, bahawa sesiapa yang tidak sealiran dan sependapat dengan dua dinasti tersebut, maka mereka akan terkeluar dari kelompok utama kepimpinan parti.

“Kritikan demi kritikan dari kepimpinan dan ahli akar umbi terhadap kepimpinan tertinggi DAP hari ini secara  jelas membuktikan kepimpinan kuku besi yang menguasai parti itu hari ini,” ujarnya.

Sikap kepimpinan DAP yang angkuh dan sombong kepada rakyat bawahan semakin menyerlah apabila mereka diberikan kuasa untuk mentadbir Pulau Pinang, katanya lagi.

“Seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang mengenai ketidakadilan kepada peniaga-peniaga kecil. Sikap kepimpinan DAP yang secara sesuka hati membuat kenyataan menghina kaum dan menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ sebagai menggambarkan betapa hinanya penjawat awam mata mereka.

“Ini semua adalah bukti kebenaran bagaimana pemikiran dan ideologi parti yang didukung oleh kepimpinan DAP hari ini. Sebenarnya tidak ada demokrasi dan keterbukaan di dalam DAP kerana yang ada hanya ideologi rasis, cauvinis dan pentadbiran bersifat kuku besi.

“Demokrasi di dalam DAP hanyalah kosmetik semata-mata, digunakan untuk memperindahkan imej parti tersebut di mata rakyat kononnya merekalah sebuah parti yang telus memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa, sedangkan hakikatnya jauh sekali,” ujarnya.

Terbaru, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee telah dilarang menyertai Konvensyen Biasa DAP Selangor Ke-17 tanpa diberikan alasan yang kukuh biarpun telah membuat permohonan lebih awal. – MediaUMNO
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger