Home » » Hari Ini Dalam Sejarah 26/12

Hari Ini Dalam Sejarah 26/12

Written By aku on Thursday, 26 December 2013 | 12:37 pm


Tsunami Aceh
Pada hari ini dalam tahun 2004, bencana ombak besar ’tsunami’ telah melanda negara-negara Asia terutamanya penduduk di antaranya ialah  Malaysia, Acheh, Sri Lanka, India, Maldives, dan Thailand. Di Malaysia, kawasan-kawasan yang terjejas ialah di  persisiran pantai Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Perlis. Di Pulau Pinang kawasan  yang terlibat ialah pantai Miami, Tanjong Tokong di Batu Feringgi, Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Teluk Bahang, Balik Pulau dan Pantai Kuala Bekah. Di negeri Kedah, kawasan yang dilanda ’tsunami’ ialah Kota Kuala Muda dan perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Manakala kawasan di negeri Perak sekitar Tanjung Piandang dan Kuala Sanglang di Perlis turut terjejas.  Tragedi tersebut berpunca dari gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter di barat Sumatera dan di sifatkan paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. Gempa bumi yang berlaku di bawah dasar laut dengan gegaran dapat di rasai beribu-ribu kilometer jauhnya menyebabkan ombak besar berlaku pada paras  kelajuan 700 kilometer sejam menyapu bersih bangunan, rumah-rumah dan sebagainya. Angka mangsa yang terkorban dan hilang dalam tragedi ombak tsunami di Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, Somalia, Myanmar, Tazania, Bangladesh, Seychelles, Kenya dan Thailand ini dilaporkan berjumlah 216,858 orang termasuk 68 orang di Malaysia.  Sesungguhnya melalui tragedi ini, pelbagai pihak telah mengambil insiatif dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban yang di tanggung oleh mangsa-mangsa tsunami terutama di negara-nergara yang terlibat.

 UNDANG-UNDANG PERAIRAN DAERAH KRIAN DIKUATKUASAKAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1905, Undang-undang Pengairan Krian telah dikuatkuasakan.  Ia  juga  dikenali  dengan  nama  Enakmen Pengairan Krian 1905.  Enakmen  ini  mempunyai beberapa peraturan,  larangan dan hukuman yang berkaitan dengan  pengairan  di  Krian. Undang-undang  tersebut  dilaksanakan  untuk  memudahkan pentadbiran dan pembangunan yang dijalankan  selain  menjaga  keadilan  kepada  masyarakat  awam.  Enakmen ini  meliputi  Daerah  Krian  sahaja  di mana ia  memperuntukan  perkara-perkara berkaitan   kuasa  dan  tanggungjawab  Residen  dengan  persetujuan  Residen  Jeneral.  Pengumuman  dalam  Warta  Kerajaan  digunakan  untuk mengenal pasti tanah-tanah dalam pengairan tersebut  sama ada  diusahakan  atau  tidak.  Sekiranya  diusahakan,  kadar  air  tahunan  akan  dikenakan.  Jika  tidak,  sebarang  perusahaan, penanaman   dan lain-lain  tujuan  tidak  akan  dibenarkan.  Aktiviti  tanpa  persetujuan  pegawai,  boleh  dikenakan  tindakan  iaitu  penjara  6  bulan  atau  denda  seratus  ringgit  atau  kedua-duanya  sekali. Berikutan penguatkuasaan enakmen in, ia  dapat  mengawal  dan  menjaga  sistem  pengairan secara lebih sempurna. Secara tidak langsung, aktiviti  pertanian  dapat  dijalankan dengan lebih  teratur dan  hasil  keluaran dapat ditingkatkan.


BANJIR BESAR DI PERAK
Pada hari ini dalam tahun 1926, detik bersejarah yang tidak dapat dilupakan oleh setiap penduduk di negeri Perak dan seluruh Tanah Melayu ialah banjir besar telah melanda seluruh negeri Perak dan kemudiannya merebak ke seluruh Tanah Melayu.  Peristiwa ini lebih dikenali sebagai ’Bah Besar’ tahun 1926. Hampir kesemua penduduk di negeri Perak dan Tanah Melayu turut merasakan pahit getir penderitaan akibat banjir yang memusnahkan jiwa dan harta.  Banjir ini telah menenggelamkan seluruh negeri Perak, terutama kawasan-kawasan penempatan di sekitar Sungai Perak, Sungai Kinta dan Sungai Batang Padang iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta Batang Padang dan Hilir Perak.  Malahan keadaan banjir ini menjadi lebih buruk apabila ianya mulai melanda seluruh Tanah Melayu sehingga 28 Disember 1926.  Kejadian banjir ini, berpunca daripada kawasan tanah Perak yang rendah, serta paras airnya yang tinggi sehingga melebihi paras tebing Sungai Perak yang biasanya mempunyai ketinggian 105 kaki.  Ekoran daripada hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti.  Maka pada 30 Disember 1926, paras air naik melebihi 143.8 kaki iaitu lebih teruk berbanding paras air banjir semasa dalam tahun 1897.  Oleh yang demikian, bagi membantu mangsa-mangsa banjir, satu gerakan penempatan sementara dan bantuan kecemasan telah ditubuhkan oleh kerajaan.  Untuk itu kira-kira 10,000 hingga 12,000 buah penempatan semula telah disediakan.  Satu perkhidmatan pengangkutan keretapi khas telah disediakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir dari Kuala Kangsar ke Taiping dan kemudiannya ditempatkan semula ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar.  Susulan itu, sejumlah RM25,000 telah diperuntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya dan jambatan-jambatan yang rosak akibat banjir.  Disamping itu juga kerajaan negeri turut menerima sumbangan sejumlah RM100,000 dari badan-badan kebajikan sukarela dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan negeri Perak, untuk membiayai kerja-kerja pemulihan pembangunan semula.  Sesungguhnya banjir besar pada hari ini telah mencatatkan sejarah hitam bagi Perak, dan kesannya kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memulihkan semula keadaan di Perak.


YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ DILANTIK SEBAGAI
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1970,  YTM   Tunku  Abdul  Rahman Putra,  telah  disahkan  pelantikan  sebagai  Setiausaha  Agung  pertama  bagi  Sekretariat  Islam.  Pengesahan  tersebut  telah dibuat  dalam  Persidangan  Menteri-menteri  Luar  Negara-negara  Islam  di  Karachi,  Pakistan.  Persidangan  yang  berlangsung  selama  tiga  hari  itu  telah  dihadiri oleh  23  buah  negara  Islam  bagi  membincangkan  perkara-perkara  yang  telah  disusun  dalam  sidang  di  Jeddah  pada  bulan  Mac  1970.  Persidangan  yang  berlangsung  ini  telah  membincangkan  beberapa  agenda  penting  yang  bertujuan  untuk   meninggikan  kedudukan  ekonomi,  politik,  sosial  dan  kebudayaan  Islam.  Ia  juga  bertujuan  untuk menyelaras  kegiatan-kegiatan  dan  keperluan  negara-negara  Islam  sesuai  dengan  perkembangan  dunia.   Ketika  berucap  pada  persidangan  itu,  Tunku  menyatakan  bahawa  banyak  perkara  boleh  dicapai  dan  selesaikan  oleh  Negara-negara  Islam  sekiranya  bersatu  dan  jujur  dalam  menyelesaikan  permasalahan  secara  kolektif. Sesungguhnya, perlantikan  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  sebagai  Setiausaha  Agung  pertama  bagi  Sekretariat  Islam,  merupakan  pengiktirafan  dan  penghormatan  yang  tinggi  kepada  Malaysia  sebagai  sebuah  negara  Islam  yang  kecil.

UNDANG-UNDANG PERAIRAN DAERAH KRIAN DIKUATKUASAKAN

Penguatkuasaan Undang-undang memainkan peranan yang penting dari segi menjaga keadilan kepada masyarakat awam. Selain daripada memudahkan pentadbiran dan pembangunan yang dijalankan. Satu Undang-undang Pengairan Krian telah dikuatkuasakan. Undang-undang ini yang dikenali dengan Enakmen Pengairan Krian 1905 mempunyai beberapa peraturan-peraturan, larangan-larangan dan hukuman yang berkaitan dengan pengarian di Krian seperti penamaan, penjagaan, pengurusan dan lain-lain. Enakmen ini meliputi Daerah Krian sahaja memperuntukan perkara-perkara berkaitan dengan :
Residen mempunyai kuasa, berdasarkan persetujuan Residen Jeneral. Dengan mengumumkan di dalam Warta Kerajaan untuk mengenalpasti tanah-tanah dalam pengairan tersebut dan mengenakan kadar air tahunan ke atas tanah-tanah tersebut berdasarkan pada pengkelasan tertentu dan Residen juga berhak dari semasa ke semasa untuk peluaskan atau menghentikan sama sekali pengurusan tersebut.Residen juga bertanggungjwab dengan mengumumkan didalam Warta berhubung dengan tanah-tanah yang tidak diusahakan dalam pengairan itu supaya tidak digunakan untuk sebarang perusahaan, penamaan dan lain-lain tujuan kecuali yang telah dinyatakan atau telah dikenalpasti.Jika seseorang melakukan pembinaan terusan, jalan air, parit, saluran atau kolam di dalam kawasan pengairan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada pegawai yang ditugaskan ke atas akan boleh dikenakan dakwaan yang membawa kepada hukuman penjara selama 6 bulan ataupun denda seratus ringgit atau kedua-dua sekali.
Enakmen yang dikuatkuasakan di kawasan Krian sahaja ini diadakan bertujuan untuk mengawal dan menjaga sistem pengairan secara lebih sempurna dengan itu aktiviti pertanian dapat dijalankan dengan lebih teratur dan di samping itu dapat meningkatkan hasil keluaran.
--Akib Negara
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger