Home » » Lelaki didakwa laku gangguan seksual ditahan polis

Lelaki didakwa laku gangguan seksual ditahan polis

Written By aku on Friday 13 December 2013 | 12:21 pm


SIBU: Seorang lelaki berusia pertengahan umur yang bertindak melakukan gangguan seksual ke atas pekerja wanita di kedai haiwan peliharaan di Rejang Park ditahan Isnin lepas.Sebelum ditahan, suspek dikatakan pernah melakukan gangguan seksual ke atas beberapa pekerja wanita di kedai berdekatan.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lepas, ketika mangsa berusia 30-an dikatakan sedang berada di bahagian kaunter kedai berkenaan.
Suspek yang datang bersama anjing peliharannya difahamkan datang ke kedai tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut ke atas anjingnya.
Doktor yang merawat anjing suspek dikatakan mengambil ubat rawatan di bilik sebelah.
Suspek kemudian bertindak mengganggu mangsa dengan kata-kata lucah dan menyentuh bahagian tangan mangsa.
Mangsa yang tersentak dengan perlakuan tersebut, kemudian bertindak menjerit sekuat hati dan berlari ke bilik yang lain untuk menyelamatkan diri.
Beberapa pekerja di kedai bersebelahan yang terdengar jeritan mangsa, bertindak memukul suspek sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Suspekditahan oleh pihak polis sekitar jam 10 pagi.
--theborneopost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger