Home » » Lelaki Vietnam tebang pokok gaharu ditahan

Lelaki Vietnam tebang pokok gaharu ditahan

Written By aku on Tuesday 3 December 2013 | 6:00 pm


Bukit Mertajam: Seorang lelaki Vietnam ditahan selepas disyaki menebang pokok gaharu secara haram di Hutan Lipur Bukit Mertajam di sini.

Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Perhutanan Negeri kira-kira jam 10 pagi tadi.
Serbuan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat terdapat kegiatan sekumpulan warga asing menebang pokok secara haram di kawasan terbabit.

Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa buah khemah suspek dipercayai sudah lama berkampung di situ.

Khemah-khemah berkenaan dilengkapi dengan bekalan makanan dan perlatan memasak serta lampu dipercayai sebagai bekalan untuk tinggal lama di kawasan berkenaan.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger