Mayat nelayan Vietnam ditemui
Written By aku on Thursday 26 December 2013 | 1:36 pm
PASIR PUTEH - Penduduk menemui mayat nelayan warga Vietnam berhampiran Pengkalan Pak Dor Mat Ali yang dipercayai terjatuh ke laut selepas disyaki mabuk.
Penduduk yang menemui mayat Nguyen Van Ti, 27, menariknya ke jeti sebelum melaporkan penemuan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.
Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia membawa nelayan yang tinggal di Jeti 98, Tok Bali, untuk membuat pengecaman.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal mengesahkan penemuan mayat tersebut dan mendapati kematiannya tidak ada kaitan dengan sebarang perlakuan jenayah.
“Mangsa dipercayai terjatuh ke laut kerana disyaki mabuk dan hasil bedah siasat di Hospital Tengku Anis mendapati mangsa mati akibat lemas kerana terdapat kandungan air dalam paru-paru.
“Maklumat kami terima kali terakhir mangsa dilihat di atas bot di Jeti 98, Tok Bali, pada sebelah malam pada 23 Disember lalu dan kita sudah menyerahkan mayat warga Vietnam itu kepada majikannya,’ katanya.
Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 7.45 pagi semalam mengenai penemuan mayat tersebut.
--Sinar
Labels:
Semasa