Neelofa nafi ditangkap khalwat
Written By aku on Sunday, 29 December 2013 | 1:53 am
Kuala Lumpur: "Ini memang melampau. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis," tegas pelakon Noor Neelofa Mohd Noor berhubung laporan media hari ini kononnya dia ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP, malam Khamis lalu.
Neelofa, 24, berkata, tuduhan tidak berasas itu adalah sesuatu yang memalukan dan mencalar maruahnya sebagai wanita muslim.
"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai hal ini sehingga ia tersebar. Jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.
"Untuk pengetahuan semua, sekarang saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian dan berharap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel terbabit," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada Harian Metro, sebentar tadi.
Menerusi beberapa laporan media hari ini, pengacara program MeleTop itu dituduh ditangkap berkhalwat dengan seorang usahawan berstatus kenamaan (VIP), malam Khamis lalu.
Bagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai kejadian itu dilaporkan.
--Hmetro
Labels:
Hiburan