Pingat emas pertama negara
Written By aku on Saturday, 7 December 2013 | 6:07 pm
MYANMAR: Atlet wushu negara Diana Bong Siong Lin memenangi pingat emas pertama negara dalam acara nanquan wanita pada temasya Sukan SEA 20 13 di Stadium Tertutup A Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw di sini, hari ini.
Beliau memenangi acara itu selepas mengumpul 9.70 mata mengatasi tujuh peserta lain.
Seorang lagi atlet negara Tai Cheau Xuen meraih gangsa dengan mata 9.67 mata dalam acara yang sama.
-- hmetro
Labels:
Sukan