Home » » Suami Cungkil Mata isteri Dengan Tangan

Suami Cungkil Mata isteri Dengan Tangan

Written By aku on Monday 23 December 2013 | 10:47 am


GUANGXI - Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.
Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.
Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis.
Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.
Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.
Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.
Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya.
Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan, menurut sumber Agensi.
Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger