Tun M - 'Mandela pemimpin paling saya kagumi'
Written By aku on Friday, 6 December 2013 | 6:06 pm
KUALA LUMPUR - Nelson Mandela adalah seorang pemimpin yang cukup hebat serta memiliki ketabahan luar biasa dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memperjuangkan keadilan sosial, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menyambut berita kematian Mandela dengan amat sedih dan berasa suatu kehilangan yang amat besar.
"Pemergiannya merupakan suatu kehilangan besar bagi saya dan semua rakyat Afrika," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Mandela bukan sahaja sahabat sejati beliau, tetapi juga pemimpin yang amat beliau kagumi.
"Setiap kali ditanya siapakah pemimpin yang pernah saya jumpa yang paling saya kagumi, tanpa teragak-agak saya akan menjawab, Nelson Mandela," katanya.
Dr Mahathir berkata, Mandela juga adalah insan bersifat pemaaf dan tidak<br /> memusuhi mereka yang pernah memenjarakannya kerana beliau lebih mementingkan perdamaian serta perkongsian kekayaan dan peluang yang terdapat di negaranya antara masyarakat kulit putih dan masyarakat kulit hitam.<br /> <br /> " yang=""> katanya.
Mandela, 95, meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg pada Khamis malam setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama. - Bernama
Labels:
Semasa