Home » » RM600 juta baik pulih masjid

RM600 juta baik pulih masjid

Written By aku on Thursday, 13 February 2014 | 9:39 am


BACHOK – Lebih RM60 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk projek baik pulih masjid dan surau di seluruh negeri ini sejak dari 2006 hingga 2013.

Pengarahnya, Datuk Makhtar Mustafa berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan rakyat Kelantan.

Selain itu katanya, terdapat juga pembinaan beberapa buah masjid baru seperti di Tegayong, Melor dan Banggol Judah, Machang dan Ketereh.

“Ini belum termasuk projek yang diluluskan ketika ‘walk about’ Perdana Menteri di Kelantan. Projek naik taraf masjid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Perdana ini diluluskan ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 5 Ogos 2012 yang lalu.

“Masjid ini bernilai RM300,000 dan kini mampu menampung kira- kira 1,000  warga sekolah,” katanya ketika sidang media di Masjid Ar- Rahman, SMK Dato Perdana semalam.

Difahamkan, masjid yang dibina pada 2002 itu sebelum ini hanya mampu memuatkan 500 pelajar sahaja.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Datuk Zulkffli Ab Rahaman dan pengetuanya, Khatimas Mohamood.

Mengulas mengenai pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, Makhtar berkata, pihaknya sudah mengeluarkan tender untuk pembinaan fasa pertama lebuh raya itu yang bermula dari Kota Bharu hingga ke Kadok.

Katanya, fasa pertama itu sejauh 12 kilometer yang bernilai RM200 juta.

“Kita baru buka tender dan kini masih dalam proses pengambil alihan tanah yang dijangka siap pada tahun ini. Mengenai fasa kedua ia belum diputuskan lagi,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger