Ayah Zahid Hamidi meninggal dunia
Written By aku on Friday, 8 August 2014 | 9:46 pm
KUALA LUMPUR: Ayah kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Raden Hamidi Abdul Fatah, 91, telah meninggal dunia petang tadi.
Menurut laporan media, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada pukul 5.25 petang di Hospital Angkatan Tentera di sini.
Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Nipah Darat Rungkup esok.
Difahamkan, majlis perkahwinan anak Ahmad Zahid yang dijadualkan malam ini di Dewan Tun Razak 1, Putra World Trade Centre (PWTC) dari jam 7.45 malam hingga 11 malam akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ayah-zahid-hamidi-meninggal-dunia-41521?cp
Labels:
Semasa