Home » » Guan Eng teruskan saman Nasrudin

Guan Eng teruskan saman Nasrudin

Written By aku on Saturday, 9 August 2014 | 2:48 pm


GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meneruskan tindakan undang-undang terhadap anggota Parlimen (MP) Temerloh Nasrudin Hassan kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.

Guan Eng berkata notis tindakan dihantar semalam kepada anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?", pada 6 Ogos lepas.

Beliau berkata Nasrudin bukan sahaja tidak memohon maaf atas kenyataan tersebut tetapi membuat kenyataan berunsur fitnah menyatakan projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.

"Nasrudin tidak memohon maaf malah membuat kenyataan lain dan ia akan dirujuk kepada peguam saya. Notis yang dihantar semalam adalah berdasarkan kenyataan pertamanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 6 Ogos lepas, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Sementara itu, exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng menafikan dakwaan Nasrudin bahawa beliau membuat kenyataan pada 15 Mac tahun lepas bahawa projek itu dibuat secara rundingan terus.

"Ini adalah fitnah jahat oleh Nasrudin...saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek itu dijalankan secara tender terbuka mengikut piawaian dan takrifan antarabangsa," katanya. - BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger