Home » » Polis buru 'pahlawan keyboard'

Polis buru 'pahlawan keyboard'

Written By aku on Friday 8 August 2014 | 8:26 pm


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat pemilik Facebook dan seorang lelaki di YouTube bagi membantu siasatan membabitkan penghinaan terhadap agama dan sensitiviti perkauman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pemilik Facebook itu adalah Vignamona VM, Kelvin Yap, Persatuan Kongsi Gelap Melayu dan Mohd Adam Asyiq Balasubramaniam.


Menurutnya, polis turut mencari seorang lelaki Cina yang kelihatan di YouTube sedang menendang seorang lelaki di Stesen LRT Sri Petaling.

"PDRM menyarankan semua pihak tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan kerana ia mampu menggugat keharmonian kaum dan ketenteraman awam.
--hMETRO
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger