Shabery: MP keliru dengan hari kebesaran
Written By aku on Wednesday, 19 November 2014 | 5:21 pm
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir MP DAP yang menurutnya keliru dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang mencadangkan agar kerajaan mengutamakan sambutan "Hari Kebangsaan" pada 16 September setiap tahun berbanding sambutan "Hari Merdeka".
Shabery berkata, beliau berpendapat bahawa parti DAP juga keliru mengenai dua hari kebesaran itu, sepertimana Lim.
"Pertamanya saya perlu betulkan Yang Berhormat tak faham apa dia sambutan Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan. Kita ada sambutan Hari Kemerdekaan dan kita ada sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
"Jadi sehingga sekarang ada Yang Berhormat masih keliru mana Hari Merdeka mana Hari Malaysia. Ini menggambarkan saya rasa pandangan dan sikap ahli-ahli dari parti Yang Berhormat," kata Shabery.
Labels:
Politik