Home » » Bukan haiwan misteri yang demui di ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu

Bukan haiwan misteri yang demui di ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu

Written By aku on Saturday 31 January 2015 | 7:37 pm

Kuching: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, pagi semalam, adalah Beruang Matahari.
Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Pengurus Komunikasi Korporat SFC Elaine Tan berkata, binatang terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.
"Pasukan SFC akan mencari untuk menyelamatkan haiwan itu esok. Ini kerana kami tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagiannya masih ditenggelami air," katanya.
Sebelum ini, sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut apabila menemui binatang pelik ketika bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu.
Binatang itu, dipercayai muncul secara tiba-tiba ketika mereka sibuk bekerja pada 10 pagi.
- hmetro VIDEO HAIWAN TERSEBUT SINI
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger