Home » » Silat, Muay Thai tarik pelancong ke Besut

Silat, Muay Thai tarik pelancong ke Besut

Written By aku on Tuesday 26 May 2015 | 11:56 am


KUALA BESUT – Seni mempertahankan diri seperti silat dan Muay Thai akan dijadikan produk tarikan pelancongan di Kuala Besut selain pelbagai produk lain yang terdapat di situ.


Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, kewujudan beberapa pertubuhan seni silat di daerah ini khususnya di Kampung Alor Jejawi yang menjadi tempat latihan silat dan Muay Thai berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, bangsal perguruan silat di sini dirancang untuk menjadikan tempat kunjungan pelancong bukan sahaja menyaksikan keindahan seni silat Melayu tetapi mereka sendiri boleh merasai pengalaman bersilat.

“Kerajaan negeri mahu jadikan pelancongan sebagai salah satu punca pendapatan negeri dan seni silat bukan sahaja dilihat sebagai seni tetapi boleh membantu mengeluarkan penduduk daripada belenggu kemiskinan.

“Hasrat ini juga selaras dengan rancangan untuk menjadikan Kuala Besut sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa tidak lama lagi dan kita mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya dan Membina Bangsal Silat di Kampung Alor Jejawi di sini.

Hadir sama Pengarah JKKN Terengganu, Hasryn Izzudin Mohd Khairy dan timbalannya, Zahari Mat.

Menurut Hasryn Izzudin pula, pihaknya akan terus bela dan bantu menyuburkan lagi kesenian di negeri ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger