Home » » Air melimpah, bertakung dalam pasar

Air melimpah, bertakung dalam pasar

Written By aku on Monday 29 June 2015 | 12:22 am


JERTIH - Peniaga dan pengunjung pasar basah dan sayur-sayuran di tingkat bawah pasar Jertih (Jertih Souq) merayu agar pihak berkaitan menyelesaikan segera masalah air melimpah dan bertakung di pasar berkenaan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali Lah, 45, berkata, masalah air bertakung dan memenuhi bahagian letak kereta malah mengalir sehingga tempat mereka berniaga berlaku sejak dua tahun lalu.

Dakwanya, lebih menjijikkan, air tersebut adalah air buangan dari premis kedai makan di tingkat satu pasar tersebut yang menyebabkan bau busuk selain sisa makanan bertaburan di lantai.

“Kami peniaga di sini sudah biasa dengan perkara ini tetapi apa tanggapan pengunjung yang sekali sekala datang untuk membeli belah di sini.

“Keadaan di bawah ini sentiasa berair akibat banyak sistem paip yang bocor,” katanya.

Lah berkata, semua peniaga merayu agar tindakan segera diambil untuk membaiki kerosakan paip tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat kebocoran pada enam tempat pada paip tersebut.

Air berkenaan dikatakan air buangan daripada premis kedai makan di tingkat pertama Jertih Souq dan juga daripada air hujan akibat bahagian premis kedai makan itu tidak berbumbung.

Malah didapati juga ada peniaga yang terpaksa membina titi kayu untuk melalui kawasan berair berhampiran gerai tempat mereka berniaga.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Zainal Abidin Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya telah meninjau dan menyiasat masalah itu dan pada Khamis lalu, MDB telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan tender bagi kerja membaiki masalah kebocoran tersebut.

“Kerja membaiki kerosakan  yang dianggarkan bernilai RM100,000 telah diluluskan dan tender akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

“Pihak kami memohon maaf atas kesulitan selama ini dan harap dapat bersabar sementara kerja membaiki masalah paip bocor itu dilakukan oleh kontraktor yang dilantik nanti,” katanya.




Astro Sempena  Ramadhan & Aidilfitri 2015
meriahkan susana aidilfitri anda pada tahun ini dengan rancangan rancangan menarik dari astro khas untuk anda sekeluarga, dengan bulanan serendah RM42,35 Sen termasuk GST keluarga anda akan terhibur dengan pelbagai program menarik dari astro di bawakan khas untuk anda sepanjang ramadhan dan aidilfitri ini..
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO RM50( BULANAN SERENDAH RM42.35 SAHAJA )
SELURUH MALAYSIA
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM42.35 Sahaja )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
# pemasangan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger