Home » » Hadi Awang musnahkan Pakatan, kata Kit Siang

Hadi Awang musnahkan Pakatan, kata Kit Siang

Written By aku on Sunday 21 June 2015 | 12:38 pm


Petaling Jaya – Sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membuat penyelesaian sendiri telah memusnahkan Pakatan Rakyat, walaupun beliau menegaskan bahawa gabungan itu masih belum berkubur, dakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Veteran parti itu berkata Hadi telah membuat keputusan melanggar konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan dan yang menjadi dua tiang yang mengawal pakatan pembangkang.
“Saya berasa pelik bila Hadi mendakwa Pakatan tidak mati apabila, pada tahun lepas, beliau telah secara bersendirian memusnahkan Pakatan dengan melanggar konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan, dua tiang yang mengawal kejayaan PR dalam pilihan raya umum ke-13, di mana tanpanya, memang tidak wujud Pakatan Rakyat,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan, Sabtu.
Hadi, pada Jumaat menegaskan bahawa Pakatan masih hidup, dan berkata DAP tidak mempunyai hak untuk menyebut bahawa gabungan itu tidak lagi wujud.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger