Home » » PKR tolak PAS, pilih DAP

PKR tolak PAS, pilih DAP

Written By aku on Wednesday 17 June 2015 | 4:25 pm


Petaling Jaya – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk kekal bersama DAP bagi meneruskan pentadbiran negeri Selangor.
Keputusan dicapai dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada malam Selasa yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menerusi Twitter memaklumkan, keputusan itu sekali gus akan membentuk pakatan baru antara PKR dan DAP tanpa Pas.
Mesyuarat Biro Politik PKR dihadiri semua pemimpin tertinggi parti kecuali Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang menghadiri program di Kelantan.
Chegubard yang digantung keahlian PKR sejak tahun lalu, secara terbuka mengutuk ketidak hadiran Azmin dalam mesyuarat itu kerana didakwanya cuma menyelamatkan diri jika dipersalahkan oleh kepempimpinan Pas atau DAP.
“Timbalan Presiden cap ayam betul,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu, PKR dan DAP kekal berkuasa di Selangor dengan 28 kerusi ditambah dua wakil rakyat Pas yang akan menyokong pakatan baru itu.
Difahamkan PKR berpecah dua kumpulan yang menyokong DAP dan Pas.
Kumpulan yang menyokong PKR bersama DAP diketuai Rafizi Ramli manakala Azmin lebih memihak kepada Pas, lapor FMT.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger