Home » » Sambut Aidilfitri dalam penjara

Sambut Aidilfitri dalam penjara

Written By aku on Thursday 25 June 2015 | 12:39 pm


KOTA BHARU - Aidilfitri seorang penoreh getah kali ini bakal disambut di sebalik tirai besi selepas  mahkamah sesyen, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan kerana kesalahan merogol seorang remaja berusia 15 tahun.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Hafirudin Mat Ishak, 24, selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan di ladang kelapa sawit Pahi, Kuala Krai, antara jam 8.50 dan 9.30 malam, 13 Jun tahun lalu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Faisal Abd Rahman memohon hukuman diringankan dengan alasan tertuduh telah mengaku salah dan insaf.

“Tertuduh seorang penoreh getah dan penanggung tunggal keluarga. Tertuduh berhak mendapat diskaun peringanan hukuman daripada pengakuannya itu,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun tidak dipersetujui Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mariah Omar yang mohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira jenayah serius dilakukan.

“Dalam kes ini, mangsa hanya berusia 15 tahun dan saya mohon mahkamah ambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga mahkamah mempertimbangkan kes seumpamanya yang
berlaku pada masa kini,” katanya.

Pada malam kejadian, mangsa yang berada di rumah menerima panggilan telefon daripada tertuduh yang keluar mengajaknya berjalan-jalan. Tertuduh mengambil mangsa di rumah dengan menunggang motosikal dan membawanya ke kawasan ladang tersebut.

Apabila sampai di satu lorong, tertuduh memberhentikan motosikal dan menanggalkan seluar serta meminta mangsa melakukan perkara sama. Tertuduh membaringkan mangsa ke atas tanah dan merogolnya.

Tertuduh menghantar mangsa pulang ke rumah pada jam 10 malam. Keesokan harinya, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan dibawa ke balai untuk buat laporan polis menyebabkan tertuduh ditangkap pada 16 Jun, tahun sama.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger