Home » » Dadah: Pemuda berdepan hukuman mati

Dadah: Pemuda berdepan hukuman mati

Written By aku on Saturday 11 July 2015 | 2:15 pm


KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 26 tahun berdepan hukuman mati mandatori selepas dihadapkan atas tuduhan mengedar 171 gram dadah jenis metamphetamine, di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Shyiful Ezuan Najmin dari Kampung Pasir Hor, di sini, didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah kampung sama, pada jam 5 petang, 26 Jun lalu.

Prosiding dijalankan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed dan tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang mengendalikan kes, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan laporan kimia bagi mendapatkan berat sebenar dadah berkenaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 September depan dan tertuduh akan ditahan kerana tidak dibenarkan jamin.

Hasil maklumat dadah, tertuduh ditahan dalam serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kelantan dan ketika itu, tertuduh cuba melarikan diri.

Pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai barang salah, namun pemeriksaan lanjut menjumpai sembilan paket plastik biru mengandungi 1,683 pil kemerahan dan 17 pil kehijauan dipercayai dadah.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger