Home » » Kemeriahan raya bertukar pilu

Kemeriahan raya bertukar pilu

Written By aku on Tuesday 21 July 2015 | 2:45 pm


JERTIH - Kegembiraan sebuah keluarga di Kampung Lapan Kotak dekat Jertih di sini menyambut hari raya  pada Jumaat lalu bertukar sebaliknya  pada sebelah petangnya apabila  salah seorang ahli keluarga mereka ditemui mati di dalam rumah.

Warga emas, Ali Mohammad, 76, ditemui  mati terbaring di rumahnya di kampung sama oleh saudaranya lebih kurang jam 1 petang.

Timbalan Ketua Polis Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan berkata,  mayat Ali ditemui anak saudaranya Wan Hassan Wan Ishak bersama anak lelakinya ketika mahu menghantar makanan dan kuih raya ke rumah mangsa.

Menurutnya, ketika sampai di rumah mangsa, anak saudaranya dapati rumah mangsa dalam keadaan berkunci dan terhidu bau busuk dari dalam rumah.

“Wan Hassan bertindak memecahkan pintu rumah dan mendapati bapa saudaranya telah meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas katil,” katanya.

Kamsani berkata,  anak saudara mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.

Menurutnya, Wan Hassan memberitahu kali terakhir dia melawat mangsa pada jam 6 petang 14 Julai lalu.

Mangsa tinggal bersendirian dan mempunyai masalah mental selain menghidap penyakit asma.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan mangsa dipercayai meninggal dunia antara dua hingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan hampir bengkak.

“Siasatan awal kita dapati tiada barang berharga milik mangsa hilang dan tiada kesan pecah masuk pada rumah mangsa dan polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut,” katanya.

Jelasnya wanita warga emas berkenaan menghuni di pangsapuri itu secara bersendirian dan seminggu sekali menantunya menziarahinya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Adun Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof turut menziarahi keluarga Allahyarham ketika hari jenazah dikebumikan pada Sabtu lalu.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger