Home » » Rumah peneroka terbakar menjelang Aidilfitri

Rumah peneroka terbakar menjelang Aidilfitri

Written By aku on Saturday 11 July 2015 | 1:36 pm


BESUT - Aidilfitri kali ini mungkin disambut dengan perasaan sedih oleh 12 sekeluarga yang rumah mereka di Rancangan Felda Tenang Hulu Besut di sini terbakar malam tadi.

Rumah dimiliki peneroka Abdullah Kassim, 63, yang ketika itu berada bersama anak perempuan dan menantunya serta tujuh orang cucu.

Mujur seorang cucunya mengejutkan beliau dan anggota keluarganya yang lain yang sedang nyenyak tidur mengenai kebakaran itu.

Kebakaran bagaimanapun memusnahkan dua daripada empat bilik di rumah itu sementara yang lain sempat diselamatkan pihak bomba.

Menurut anak mangsa Suzana, 35, yang tiada di rumah bersama ibunya ketika kebakaran berkata kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah bilik.

Beliau yang juga Ketua Puteri Umno Cawangan Felda Tenang merasa sedih kerana barang persiapan Aidilfitri keluarganya musnah dalam kebakaran itu. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger