Home » » Pelajar edar dadah di sekolah terbongkar

Pelajar edar dadah di sekolah terbongkar

Written By aku on Friday 28 August 2015 | 2:38 pm


KUALA NERANG - Aktiviti seorang pelajar sebuah sekolah di Naka, di sini, yang mengedar ganja kepada rakan akhirnya terbongkar apabila kegiatannya dikesan guru.

Ketua Polis Padang Terap, Deputi  Superintendan, Ahmad Nasir  Jaafar berkata, pelajar berumur 14 tahun itu menjadi orang tengah mengedar ganja dan sebagai balasan dia akan mendapat bekalan dadah secara percuma.

"Perbuatan itu terbongkar apabila gurunya membuat pemeriksaan selepas melihat suspek dalam keadaan mencurigakan di tepi bangunan makmal sekolah kira-kira jam 9 pagi.

"Guru itu menemui tiga paket ganja seberat 1.68 gram bernilai RM30 dalam poket seluarnya sebelum membawa suspek ke balai polis Naka untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat sekolah, pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, siasatan mendapati pelajar terbabit terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran sejak dua bulan lalu.

"Bekalan diperoleh daripada seorang lelaki yang tinggal di kawasan itu dan menggunakan pelajar terbabit untuk menjual bahan terlarang dengan harga RM10 sepeket.

"Saringan air kencing mendapati pelajar terbabit positif ganja dan direman bermula kelmarin bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha memburu lelaki yang membekalkan dadah kepada pelajar terbabit giat dijalankan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger