Home » » Rampas arak, peralatan shisha

Rampas arak, peralatan shisha

Written By aku on Tuesday 1 September 2015 | 12:15 pm


KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) merampas pelbagai jenis arak, shisha dan alatan karaoke dalam Ops Merdeka di beberapa premis dan restoran di sini, bermula awal tengah malam dan berakhir pagi semalam.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM15,000.

Operasi disertai lapan penguat kuasa bersama anggota polis dan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) itu dilakukan bagi mengenal pasti peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan selaras dengan Kota Bharu sebagai sebuah bandaraya Islam.

Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga ingkar dan akan mengenakan tindakan kompaun termasuk mereka yang masih menjalankan perniagaan shisha dan karaoke yang sudah termaktub dalam udang-undang di negeri ini tidak dibenarkan sama sekali beroperasi.

Menurutnya, Ops Merdeka dilakukan di sekitar kawasan Jalan Kebun Sultan termasuk di Jalan Pos  Office Lama di bandar Kota Bharu.

“Kita tidak akan memberi peluang kepada peniaga bukan Melayu yang turut tidak mematuhi arahan dan menghormati negeri ini yang mementingkan Islam, dengan menjual minuman keras termasuk kepada pelanggan Islam dan kita tegas pada mana-mana pihak yang ingkar,” katanya kepada media.

Rosnazli berkata, hasil kerjasama beberapa jabatan yang turut membantu dalam operasi seumpama ini ternyata membuahkan hasil.

“Maklumat awam juga turut membantu pihak MPKB-BRI melaksanakan tugas dengan jayanya.

“Kita harap maklumat akan sentiasa disalurkan kepada pihak berkuasa dan MPKB-BRI bagi memastikan bandar Kota Bharu bebas daripada kegiatan sosial dan tidak melanggar peraturan serta  undang-undang yang sudah termaktub di negeri ini,” katanya.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger