Home » » Dicekup selepas selesai pecah rumah

Dicekup selepas selesai pecah rumah

Written By aku on Monday 7 September 2015 | 9:18 am


SEREMBAN –  Hasil tindakan pantas pihak berkuasa, berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai terlibat aktif dengan kes samun dan pecah rumah, di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kira-kira jam 8.55 pagi, polis berjaya menahan seorang lelaki yang baru sahaja selesai melakukan kegiatan pecah rumah di Garden City Homes.

Katanya, tindakan pantas pasukan kereta peronda, berjaya mengesan suspek yang ketika itu sedang berlari untuk menyelamatkan diri, namun suspek yang berusia 27 itu berjaya ditangkap.

“Semasa tangkapan dibuat, suspek bertindak agresif sehingga mencetuskan sedikit pergelutan, namun kesemua mereka kita tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Hasil daripada tangkapan tersebut, kita berjaya merampas wang tunai RM916, komputer riba, peralatan pecah rumah, satu gelang  berwarna kuning, dua buku tabung haji dan seutas  jam berjenama.

“Hasil daripada soal siasat yang dibuat, suspek mengaku ada membuat tiga kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan tersebut, dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya jelas positif dadah,” katanya.

Tambahnya, hasil semakan yang dilakukan, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau, termasuk satu waran individu dikehendaki yang dikeluarkan oleh pasukan polis Bangi, Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Muhamad Zaki memberitahu, seorang remaja lelaki berusia 21 tahun, terlibat dalam kes pecah rumah, berjaya ditangkap untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil soal siasat, pihaknya berjaya menjumpai sebuah kereta Perodua Axia berwarna hitam, berserta kunci di kawasan pangsapuri Dahlia.

“Hasil ujian urin juga membuktikan suspek positif dadah, dan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” katanya.

Kesemua suspek yang ditangkap kini masih tahanan reman.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger