KUALA BESUT -Penduduk di penempatan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pangkalan Atap di sini bimbang memikirkan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi kerana mereka masih belum dapat berpindah ke penempatan baharu yang disediakan kerajaan negeri.
Senario air pasang dan ombak besar membadai dinding rumah mereka saban malam pada musim tengkujuh lalu sentiasa menghantui penduduk di 46 rumah PPRT di situ.
Menurut penduduk, rata-rata mereka di situ tidak dapat tidur lena memikirkan kalau-kalau rumah mereka ranap atau ditenggelami air laut setiap kali tengkujuh.
Justeru mereka terpaksa bersengkang mata berjaga malam bagi memastikan keselamatan anak isteri terjamin.
Penduduk sepatutnya dipindahkan ke rumah pangsa yang dimaklumkan telah siap beberapa bulan lalu di Kampung Lay Out Tok Saboh.
Namun mereka tidak dimaklumkan bila akan dibenarkan berpindah ke pangsapuri empat tingkat yang mempunyai 72 unit rumah itu.
Tunggu arahan
Penghuni PPRT Kampung Pangkalan Atap, Normala Mat, 45, berkata, dia sering didatangi penduduk di situ bertanyakan bilakah mereka akan dipindahkan ke pangsapuri tersebut kerana banjir akan tiba tidak lama lagi.
“Saya sendiri tak pasti bila akan pindah.. keadaan ni juga buat saya serba salah nak baiki atap rumah yang rosak akibat dipukul kepala angin sebelum ini.
“Takut kalau-kalau dah baiki elok.. kena pindah pula, rugi pula kerana kami orang susah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Ya Mahmud, 51, berkata, dia sekeluarga sudah sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian.
Menurutnya, kedudukan rumah yang berada di barisan paling tepi dan hampir dengan pantai menyebabkan rumahnya antara yang paling awal dimasuki air laut jika pasang besar dan dibadai ombak.
“Tapi kami tak tahu bila akan diarah pindah.. borang berkaitan kami telah isi bagi untuk duduk rumah baru. Walau.. hanya rumah pangsa, kami akan pindah kerana kerajaan dah bagi rumah tu pada kami," katanya.
Tidur di anjung rumah
Sementara menurut Asiah Mat Rani, 58, dia dan suaminya terpaksa tidur di bahagian anjung rumah pada musim tengkujuh sebagai langkah berjaga-jaga dan boleh beritahu awal kepada ahli keluarga atau jiran jika sesuatu berlaku.
Katanya, walaupun rumahnya tidak terjejas seperti rumah jirannya tetapi dia dan suaminya, Salleh Mat, 58 yang bekerja sebagai nelayan sentiasa berwaspada.
“Tentang pindah.. saya ikut saja arahan. Sekiranya kena pindah saya akan berpindah Cuma kami tak tahu bila,” katanya.
Manakala Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Abd Rahman mengulas perkara itu berkata, proses dokumentasi sudah dilakukan sebelum ini manakala senarai sudah diajukan kepada pihak berkaitan.
Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk mencari jalan bagi membolehkan penduduk dipindahkan ke pangsapuri Ar Rahman itu dengan kadar segera bagi mengelak mereka berdepan masalah air pasang besar yang sering berlaku.
Promosi Pasang Astro
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584