Home » » 500 sukerelawan sedia ditugaskan hadapi banjir

500 sukerelawan sedia ditugaskan hadapi banjir

Written By aku on Monday 16 November 2015 | 6:46 pm


HULU TERENGGANU - Sebanyak 500 anggota Skuad Sukarelawan Bencana (SSB) Dun Telemong sedia ditugaskan bagi menghadapi banjir tahun ini, kata wakil rakyatnya, Datuk Rozi Mamat.

Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata memandangkan kawasan itu sering terjejas banjir, pihaknya
mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan SSB bagi membantu lebih 1,000 keluarga di kawasan itu.

"Inisiatif yang kita lakukan ini ekoran saban tahun daerah ini dinaiki air dan kawasan Dun Telemong antara kawasan yang paling teruk terjejas jadi kita
mengambil langkah dengan membuat persiapan awal," katanya kepada pemberita selepas pelancaran SSB Dun Telemong oleh Yang Dipertua Dun,  Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Beliau berkata, bagi memastikan operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir kelak berjalan lancar, anggota SSB dan pemimpin masyarakat turut didedahkan dengan simulasi menghadapi banjir mengikut prosedur operasi standard yang digariskan.

Katanya skuad itu dilengkapi dengan tiga pacuan empat roda, empat lori, 14 bot dan tiga jentolak yang akan digunakan untuk membawa barang dan  membantu memindahkan mangsa banjir.

Menurutnya sebanyak 21 pangkalan hadapan turut disediakan di DUN Telemong bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus ketika banjir. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger