Home » » Berebut beli atap nipah dan tikar mengkuang di ibu kota

Berebut beli atap nipah dan tikar mengkuang di ibu kota

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 9:36 am


Jauhi ‘ketulaan’ sering disebut oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.

 Perkataan asasnya ialah ‘tula’ iaitu asal dari lohgat Terengganu yang bermaksud sesuatu yang sama atau tidak lari dari kebiasaan.

 Jauhi ketulaan bermaksud, jangan melakukan perkara yang sama.

 Lantaran untuk hasil yang berbeza, mungkin yang lebih baik impaknya, mestilah berhajat kepada perubahan atau transformasi.

 Di sini terbitnya Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan oleh Ahmad Razif.

 Mengelak ‘ketulaan’ ini samalah juga dengan konsep “Blue Ocean Strategy’ (Strategi Lautan Biru) atau singkatnya BOS.

 Maka di sini, jelaslah bahawa Ahmad Razif seorang pemimpin yang bijaksana- memperkenalkan BOS dalam pendekatan Terengganu, supaya mudah difahami dan dihayati oleh ‘anakbuahnya’ orang Terengganu.

 Serangkai dengan jauhi ‘ketulaan’, Cikgu Ahmad Razif juga menyebut, jauhi ‘bangau oh bangau’ dan satu lagi ialah jauhi ‘betul bendul”.

  Bangau oh bangau ialah adaptasi dari sebuah kisah dalam cerita lama Melayu tentang sikap dan amalan salah menyalah satu sama lain bila terjadi sesuatu musibah dan kekurangan/kelemahan.

Salah menyalah ini bertentangan dengan BOS- sebaliknya saling membangun kepercayaan, mempertingkatkan komitmen dalam pasukan serta kerjasama dan kesukarelawan adalah aspek penting BOS.

 BOS sama sekali tidak membenarkan budaya dan rintangan ini (salah-menyalah).

 Manakala ‘betul bendul’ ini ialah kegagalan dalam membuat penyesuaian kerana terlalu ‘rigid’ (ketat) dengan kebiasaan, sedangkan keanjalan diperlukan untuk penyesuaian dan mendapat hasil serta faedah terbaik.

 Inilah disebut dalam BOS- ciptakan perbezaan atau kelainan/penyesuaian untuk tarikan pasaran.

  Justeru itu, ‘betul bendul’ ini menjurus kepada sikap kurang pintar yang perlu dijauhi kerana menghalang untuk membuat keluarbiasaan atau penyesuaian.

 Semua nilai-nilai ini sebenarnya terkandung dalam BOS.

 Kehebatan Ahmad Razif di sini ialah memperkenalkan BOS dalam dimensi baru- ala Terengganu.

 Terbaru Ahmad Razif mencetuskan idea PESONA Terengganu 2015- pengusaha-pengusaha IKS, makanan, kraftangan dan sebagainya keluar dari Terengganu mencari pasaran baru.

 Ahmad Razif telah mengajar rakyat Terengganu supaya berfikir dengan kepelbagaian dimensi- dengan izin, think different.

  “Think Different’ atau “Fikir berlainan” adalah sebenarnya cukup hebat.

  Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan kelainan dan perbezaan dalam perniagaan.

Tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita- kalau jual lemang atau jagung semua jual lemang atau jagung misalnya- akhirnya kesemua gagal memperolehi pelanggan atau pendapatan tidak mampu membiayai kos operasi.
  Pembuat atap daun nipah di bawa memasarkan atapnya di Kuala Lumpur; kerana atap nipah ini sesuatu yang unik bagi orang Kuala Lumpur dan mereka mendapat tempahan berganda.

  Pengusaha tikar mengkuang juga yang hampir pupus- akhirnya dengan BOS ala Terengganu kini kembali mendapat pembelinya setelah di bawa ke PESONA Terengganu di Dataran Mardeka Kuala Lumpur pada 29 Oktober hingga 2 November.

  Berdasarkan pengamatan kepada apa yang disebutkan oleh Ahmad Razif, penulis mahu menobatkan kepada beliau sebagai ‘Bapa Strategi Lautan Biru Terengganu” dan ‘Bapa Transformasi Terengganu’.

 Ini sebagai balasan dari penulis, bila Menteri Besar Terengganu menggelarkan penulis sebagai “Ayah Wartawan” atau “Bapa Wartawan”  sewaktu bertemu beliau di Dataran Mardeka, sempena Pesona Terengganu 2015 baru-baru ini.

Khabar terbaru, Pesona Terengganu akan menjelajah selatan tanah air pula selepas ini dalam masa terdekat!

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger