Home » » KNKST disaran usahakan ternakan ketam nipah

KNKST disaran usahakan ternakan ketam nipah

Written By aku on Sunday 1 November 2015 | 8:40 pm


SEBERANG TAKIR - Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir (KNKST) disaran untuk mengusahakan ternakan ketam nipah dalam meningkatkan lagi pendapatan koperasi berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri sedia memberi peruntukan jika koperasi tersebut bersetuju mengusahakan projek itu.

Menurutnya, jika projek itu diusahakan, ia mampu menjadikan negeri ini sebagai hub pengeluaran ketam nipah dan boleh dipasarkan ke negeri lain.

“Projek ini akan dilaksanakan secara bersama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kerana kita sedia maklum UMT ada kepakaran tinggi dalam bidang ini.

“Justeru, kita berharap agar KNKST gunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka dan dalam masa sama turut membuka lebih peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Mesyuarat Agung KNKST di Bangunan Penyelaras Umno Dun Seberang Takir di sini.

Dalam pada itu, KNKST merupakan koperasi tertua di negeri ini yang menjangkau usia 53 tahun dan berjaya mengeluarkan dividen sehingga 30 peratus kepada ahlinya setiap tahun
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger