Home » » Lukisan mural hidupan laut 
hiasi bangunan lama Kuala Besut

Lukisan mural hidupan laut 
hiasi bangunan lama Kuala Besut

Written By aku on Tuesday 10 November 2015 | 11:33 pm


BESUT 8 Nov. – Sebanyak 10 buah bangunan lama dengan gambaran kusam pekan kecil Kuala Besut yang menjadi pintu masuk pelancong ke pulau Perhentian, kini berwajah segar dan lebih menarik perhatian.
Perubahan yang baharu bermula ini hasil sentuhan kreatif para pelajar jurusan Animasi 3 Dimensi (3D) Kolej Komuniti Besut yang memanfaatkan bakat mereka menghiasi persekitaran melalui lukisan mural.
Seramai 51 pelajar yang dike­tuai oleh Ketua program Animasi 3D kolej itu, Syafira Diyana Azman bergabung tenaga menjayakan program Seni Lukis Jalanan Kuala Besut mulai Rabu lalu sehingga semalam.
Melalui kegiatan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Lama Kuala Besut, mereka memaparkan mural bertemakan hidupan laut sesuai dengan pekan Kuala Besut yang juga dikaitkan dengan masyarakat nelayan dan sumber perikanan.
Timbalan Pengerusi JKKK pekan Lama Kuala Besut, Che Hamid Che Isa berkata, usaha itu akan menjadikan pekan itu lebih ceria, de­ngan tarikan tersendiri dan bukan sekadar lokasi transit ke Pulau Perhentian.
“Pada peringkat awal, seba­nyak 10 buah bangunan lama dipilih untuk diabadikan lukisan mural di din­dingnya dan jumlah tersebut akan ditambah jika masih terdapat ruang bagi tujuan tersebut.
“Selepas ini kita bercadang untuk mengumpulkan lebih golongan muda yang mahir dan berminat untuk sama-sama menyumbang kreativiti dan diabadikan di din­ding bangunan di pekan lama ini,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang turut meluangkan masa bersama pelajar yang menyiapkan mural itu berkata, usaha tersebut amat dialu-alukan.
Menurut beliau, ini boleh dengan lebih meluas dengan meniktikbe­ratkan keindahan hasil karya yang mungkin memberikan keunikan pekan ini yang akhirnya boleh digelar sebagai ‘pekan mural’.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/lukisan-mural-hidupan-laut-8232-hiasi-bangunan-lama-kuala-besut-1.156215#sthash.uyTdIjnU.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger