Home » » Al Fatihah - Bapa Senator Engku Naemah meninggal dunia

Al Fatihah - Bapa Senator Engku Naemah meninggal dunia

Written By aku on Thursday 31 December 2015 | 11:51 am


BESUT - Bapa kepada Senator Engku Naemah Engku Taib meninggal dunia kira-kira jam 4.43 pagi ini di kediamannya di Kampung Gong Kepas di sini.

Engku Taib Engku Ngah, 82, merupakan anak kedua daripada 11 adik beradik yang juga adik kepada Allahyarham bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Naemah memberitahu Bernama bapanya meninggal akibat komplikasi penyakit kanser prostat yang baharu dikesan.

Menurut beliau, arwah bapanya meninggal isteri Rokiah Omar, 80, dan enam orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

Engku Naemah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Besut dan Timbalan Pengerusi Penerangan Wanita Umno Terengganu berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja di sini selepas solat Asar.

Engku Taib pernah berkhidmat sebagai Guru Besar di beberapa buah sekolah dan Penyelia Kanan Sekolah Rendah di Pejabat Pendidikan Daerah Besut. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger