Bajet 2016 : RM1.86 Juta Bantu Ibu, Bapa Tunggal
Written By aku on Tuesday, 8 December 2015 | 12:49 pm
Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.86 juta bagi membantu ibu dan bapa tunggal melalui Program Jaya Diri yang dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
“Terdapat 27,630 ibu dan bapa tunggal yang memerlukan pembelaan di seluruh Terengganu,” katanya dalam pembentangan Bajet 2016 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Selain itu katanya, Kerajaan Terengganu juga akan memperbanyakkan prasarana Orang Kurang Upaya (OKU) seperti lalauan khas, tandas awam serta tempat letak kenderaan di bangunan dan kawasan awam dengan kos permulaan sebanya RM50,000.
Labels:
Semasa