Home » » Bunuh Sosilawati: Hukuman mati dikekalkan

Bunuh Sosilawati: Hukuman mati dikekalkan

Written By aku on Friday 4 December 2015 | 12:59 pm


PUTRAJAYA - Hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas peguam, N Pathmanathan dan tiga yang lain atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya lima tahun lalu, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim selepas menolak rayuan keempat-empatnya terhadap sabitan dan hukuman gantung.

Hakim Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tiada sebab untuk mereka mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati tertuduh bersalah membunuh keempat-empatnya.

"Tiada sebab untuk mahkamah mengubah keputusan mahkamah tinggi," katanya.

Tengku Maimun meluangkan masa hampir sejam membaca penghakiman tersebut.


Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, 23, R Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 setelah didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar. Keempat-empat lelaki itu ditangkap dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 2011.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger