Home » » DAP - Belum lagi dapat memerintah, sudah berani menunjuk taring

DAP - Belum lagi dapat memerintah, sudah berani menunjuk taring

Written By aku on Sunday 27 December 2015 | 1:19 pm


Syabas YB KJ
DAP Kecam Menteri Belia dan Sukan Halang Atlet Israel Beraksi Di Langkawi
Akibat tindakan daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi, esok. Ketua Biro Pembangunan Ekonomi Perak Chong Zhemin menempelak Khairy dengan menggunakan alasan bahawa Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.
Menurut Chong, Khairy wajar melihat sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik.
Kerajaan Malaysia terlebih dahulu tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) itu.
Chong mendakwa Khairy Jamaluddin yang memainkan peranan dalam penafian visa berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel.
Chong turut mendakwa, Malaysia sebelum ini telah membuat pengecualian berkaitan atas semangat kesukanan.
Chong menambah bahawa menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima. Tambahan pula kedua-dua atlet itu adalah juara bertahan. Menafikan visa bagi kemasukan mereka sama seperti menafikan hak untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
Chong cuba melontarkan soalan meraih populariti politik apabila turut mempersoalkan sama ada Malaysia akan memboikot Sukan Olimpik sekiranya dianjurkan oleh Israel.
Malaysia juga telah mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta Israel itu termasuk penggunaan bendera Israel atau simbol. Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.
Lima puluh negara dilaporkan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis.
Mungkin Chong mewakil DAP untuk pertama kalinya cuba menghantar isyarat kepada rakyat Malaysia bahawa sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia maka anatar perkara pertama yang bakal mereka lakukan adalah memperakui kewujudan negara Israel dan menjadikannya sekutu rapat Malaysia seperti yang dibuat oleh Singapura?
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger