Home » » Status Rasmi Mengenai Vape Pada 29 Disember Ini

Status Rasmi Mengenai Vape Pada 29 Disember Ini

Written By aku on Monday 28 December 2015 | 12:16 am


Jabatan Mufti Terengganu dengan kerjasama Jabatan Fatwa Terengganu akan mengeluarkan keputusan rasmi berkaitan pengunaan rokok elektronik atau vape pada 29 Disember ini.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selepas tarikh berkenaan kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu akan mengadakan perjumpaan dan juga sesi dialog bersama pengusaha vape.

Katanya, kerajaan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan perkara itu agar tiada mana-mana pihak akan menjadi mangsa, terutama pengusaha rokok itu.

“Sekiranya pengunaan dan penjualan vape diharamkan, sekurang-kurang ada alternatif lain buat mereka yang terlibat, termasuk mencadangkan menjual pelbagai produk yang boleh mendatangkan keuntungan dan bukannya barangan membahayakan kesihatan.

“Jumlah mereka yang terlibat dengan penjualan Vape tidak dapat dipastikan, bagaimanapun sebahagian besar daripada pengusaha ini tidak memiliki lesen penjualan vape, sebaliknya hanya mempunyai lesen premis perniagaan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Seramai 314 penerima Anugerah Sarjana Terengganu membabitkan peruntukan lebih RM1.02 juta di mana masing-masing menerima sumbangan RM3,000.

Daripada jumlah itu, graduan Oxford University Mohd Firdaus Samsudin @Mustapha, 27 menerima Anugerah Khas dan layak memperoleh sumbangan RM5,000.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger