PAS Jangan Mimpi Nak Menang Negeri Lagi – Siti Mariah
Written By aku on Monday, 25 January 2016 | 1:37 pm
Memetik dari beberapa portal dan blog hari ini dengan persikisar suasana politik negeri Terengganu semakin terbuka dengan kewujudan perikatan baharu.
Parti perikatan kecil yang dinamakan Pakatan Harapan Baharu yang dianggotai Democratic Action Party (DAP), Parti Keadailan Rakyat (PKR) dan juga parti bongsunya Parti Amanah Negera (PAN) yang di lancarkan beberapa bulan yang lalu.
Suasana politik yang makin terbuka dan tanpa batasan hari ini telah memberi persaingan yang begitu baik untuk rakyat menilai dan memilih dengan menjual segala kebaikkan parti masing-masing.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini bergerak sendirian selepas diceraikan atau memohon fasak dengan gabungan pakatan rakyat dahulu menjadi landasan terbaik untuk membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang kuat?
Perumpaan yang diberikan YB Dr. Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja dalam ceramah PAN di Taman Murni Perdana di Paka pada Jumaat lalu kalu sebatang lidi bagai mana mahu menahan badai angin yang kuat.
“Pas mana mungkin boleh menang apabila bekerja seorang diri dan sejarah sebelum ini pun PAS tidak pernah menang mana-mana negeri”
“ Di Kelantan kemenangan PAS dulu dengan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) yang dianggota PAS, Semangat-46, Berjasa, KIMMA dan gabungan Gagasan Rakyat Parti Bertindak Demokratik (DAP) pada tahun 1990 membolehkan pembangkang mengambil alih Kelantan masa itu”
“Tapi kini PAS merasakan diri mereka kuat untuk menentang 13 parti perikatan yang diketuai UMNO yang sememangnya telah memerintah Negara ini lebih 60 tahun” katanya.
Selain itu Siti Mariah berkata, PAS jangan mimpi untuk menang pada PRU 14 nanti kerana kekuatan itu tiada lagi dengan PAS hari ini.
Turut serta dalam ceramah itu Pengerusi Amanah Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahi Wan Abdullah; ADUN Bandar yang juga Pengerusi PKR Negeri, Azan Ismail; Pengerusi DAP Negeri, Ng Chai Hing; Pengerusi Amanah Dungun, Zulkifli Ali dan bekas ADUN PAS Bukit Besi, Ustaz Roslan Ismail.
Labels:
Politik